Skip to content

7 lelaki, 3 wanita dikenal pasti mangsa korban helikopter TLDM terhempas – Harian Metro

  • by

Lumut: Tiga wanita antara 10 mangsa yang maut dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata bagaimanapun identiti dan butiran lengkap semua mangsa akan dimaklumkan oleh pihak TLDM selain hasil siasatan insiden itu diserahkan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, kesemua mayat mangsa insiden membabitkan dua helikopter iaitu jenis HOM M5033 dan Fennec M5026 itu dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Lumut, di sini sebelum akan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh selepas semua waris ahli keluarga mangsa tiba di Lumut.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian sedang dilakukan dengan diketuai oleh TLDM, dibantu polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang membabitkan dua lokasi pesawat terhempas iaitu berdekatan stadium bola sepak dan kolam renang dalam kawasan pangkalan TLDM itu.

“Semua mangsa sudah dibawa keluar (dari tapak nahas berlaku) seterusnya dihantar ke Hospital Angkatan Tentera di Lumut dan semua mangsa masih lagi di situ. Namun proses bedah siasat kita akan buat di Hospital Ipoh (HRPB).

“Siasatan masih di peringkat awal, dan kita serahkan kepada pihak ATM,” katanya dalam sidang media sempena nahas itu di pintu pagar hadapan Pengkalan TLDM Lumut, di sini, hari ini.

Sumber: Harian Metro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

//
Boleh hubungi kami 24 jam melalui whatsapp di sini. -> 60183702581
👋 Assalamualaikum, apa yang boleh saya bantu anda?